Ahad, 16 Jun 2013

MESYUARAT AJK..

ASSALAMUALAIKUM..

09.06.2913
AHAD
9.30 MALAM
TERATAK BKKF2

Kehadiran : 11
Tidak hadir : 5 - Mohd.Mee,Mad Amin,Fadzil,Rosli dan Shah Farizal.

AGENDA :-

Persiapan Mesuarat Agong Kali Ke 3.

1) Keceriaan dan sambutan alu-aluan
2) Urusetia majlis
3) Makan / Minum
4) Menetap tarikh AGM
5) Program Bacaan Yassin
6) Jemputan

1) Keceriaan dan sambutan alu-aluan

a) Ajk sebulat suara bersetuju untuk mengecat dan sapu simen licin secara gotong – royong pada 23.06.2013 @ jam 9.30 pagi ( Ahad ) – ABG ANI

b) Ajk juga telah bersetuju untuk memasang tanda nama tempat bersidang dengan nama TERATAK BADAN KHAIRAT KEMATIAN FASA 2. ( RM55.00 )- RAZAK

c) Ajk juga bercadang untuk mengadakan hadiah cabutan bertuah di samping cuba untuk mendapatkan sedikit sumbangan atau potongan harga dari seorang ahli kita bagi mengunakan P.A systemnya .

d) Segala perbelanjaan akan di bentangkan pada mesyuarat AJK yang akan datang

e) Khemah dan kerusi meja - sewa

2) Urusetia Majlis

Pengerusi Majlis - RAZAK
Pendaftaran Kehadiran - ………………………………………
Makan / minum - AJK
Kecerian dan kebersihan - AJK
Keselamatan - AJK

3) Makan / Minum

a) Bincang makan / minum semasa mesyuarat
Ajk telah sebulat suara untuk mengadakan jamuan nasi dan lauk ayam berempah serta acar timun, disamping buah-buahan. Minum panas dan sejuk.

4) Menetapkan tarikh AGM

Ajk sepakat menetapkan tarikh 30.06.2013. Ahad –Jam 9.00 malam

5) Program Bacaan Yassin

Ajk telah mencadangkan supaya di adakan bacaan Yassin pada 04.07.2013 dan menjemput Ust. Nazri selaku Tuan imam…Makan dan minum disedikan dan sumbangan makanan oleh ahli-ahli amatlah dialu-alukan.

6) Jemputan

Semua ahli dan keluarga di jemput hadir . setiausaha akan menghantar notis kepada semua ahli.

Lain-lain..

Bentang Kewangan Khairat
Setiausaha telah membentang penyata kewangan bagi tahun 2012. – RM12,199.87

Buku Khairat
Pengerusi dan setiausaha akan mencari kedai untuk menempah buku peraturan sebanyak 80 buah Berharga RM119.00*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan