Rabu, 3 Julai 2013

UCAPAN PENGERUSI BKKF2TM



MESYUARAT AGONG BADAN KHAIRAT KEMATIAN FASA  2, TMN.MUTIARA .
KALI KE 3 BAGI TAHUN 2013.

TARIKH                    :           30/06/2013  ( AHAD )
MASA                        :           9.00 ( MALAM )
TEMPAT                   :           TERATAK BADAN KHAIRAT FASA 2,.


Bismillahirohmanirrahim..Alhamdulillahi rabbil`alamin..Wassolla tuwassalla mu `ala asyrofil Anbiya `iwarmursalin, Wa`ala `alihi Wasohbihi `Ajmain.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Selamat datang dan selamat malam kepada semua Tuan/Puan,saudara/saudari,ahli2 BADAN KHAIRAT KEMATIAN FASA  2. Syukur Alhamdulillah dengan IzinNya sekali lagi kita dapat berkumpul bersama-sama di TERATAK BADAN KHAIRAT yang tak seberapa ini..Tujuan kita berkumpul pada malam ini adalah kerana untuk mengadakan mesyuarat agong BADAN KHAIRAT kali ke 3 . untuk tahun 2013.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli2 termasuk kaum Ibu yang sama-sama bergotong-royong dari petang tadi hingga lah ke malam..tak lupa juga sahabat2 AJK yang banyak membantu merancang dan melaksanakan  demi BADAN KHAIRAT. TERIMA KASIH , saya ucapkan.

Tuan2 dan puan2.

 Sepertimana yang telah dijanjikan pada mesyuarat yang lalu, Tempat mesyuarat kita ini telah pun dinaiktaraf..Lantai dan cat telah pun dilakukan oleh ahli-ahli secara gotong-royong. Saya mewakili semua AJK dan ahli2 mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Abang Long kerana beliau bersungguh2 berhajat bagi menjadikan tempat rehatnya sebagai dewan mesyuarat BADAN KHAIRAT FASA2.. yang kini kita namakan sebagai TERATAK BADAN KHAIRAT semoga ALLAH melimpahkan Rezeki dan Rahmat serta kesihatan yang baik untuk Abg Ani sekeluarga.

Tuan2 dan Puan2

Tahun 2013., Adalah tahun ke 3 Badan Khairat kematian Fasa 2,  untuk kali ini juga kita tak ada pemilihan ahli jawatankuasa sehingga tahun 2014. Sepanjang kita mengadakan mesyuarat Agong yang lalu,ahli2 telah memberi banyak cadangan2  dan antaranya telah dan akan kita lakukan beberapa perkara2 pindaan peraturan dan membentang beberapa cadangan pindaan dan jika ada perkara2 berbangkit  marilah sama-sama kita perbetulkan dan seterusnya memberi sokongan . Setakat ini Keahlian kita telah bertambah kepada  75orang dan kewangan BADAN KHAIRAT berjumlah hampir RM12,199.87 Buat masa ini, Kita sengaja tidak membuka keahlian kepada orang luar  , ini kerana proses kutipan wang khairat jadi payah dan memberikan kesusahan pada sdr. Ghani yang juga penolong setiausaha..merangkap pengutip yuran dari rumah ke rumah AHLI .,hatta untuk fasa  2 ni pun masih  lagi ada yang gagal menjelaskannya..apa lagi kalau di luar kawasan. Walaupun begitu matlamat kita bukanlah kerana wang semata-mata ..apa yang penting rukun bermasyarakat dan tanggungjawab ahli adalah lebih di utamakan .

Tuan2 dan puan2..

Pada asasnya kita telah dan akan bersedia sedikit demi sedikit bagi mengurangkan bebanan AHLI untuk membayar wang Yuran Bulanan / Yuran Khas dan pada masa yang sama akan kita akan menaikkan jumlah wang yang akan diterima kepada waris bilamana kewangan meningkat ke satu tahap yang lebih baik.Berikutan dengan itu, maka pihak AJK telah  mengambil keputusan dari ahli-ahli yang telah memberi sokongan apa yang di cadangkan semasa mesyuarat agong yang lalu. Kesimpulanya Pihak AJK merasakan bahawa yuran bulanan harus dikurangkan dengan kadar yang rendah dan In sha Allah kadar ini akan dikurangkan lagi bila tiba masanya..  Pihak AJK mendapati agak sukar bagi mengutip yuran pada tiap bulan  ini kerana tak semua AHLI berkemampuan.,dan menjadi sedikit bebanan tugas kepada sdr.Ghani . Harus di ingatkan bahawa sdr Abd Ghani TIDAK mahu menerima pemberian wang saguhati dari Badan khairat sepertimana yang telah kita putuskan bersama didalam mesyuarat Agong yang lepas . 

Tuan2 dan Puan2.

Untuk makluman bersama,Kami pihak Ajk telah berbincang dan sentiasa mencari jalan yang terbaik dan amat berharap agar cadangan ini dilaksanakan dan jika mendapat persetujuan  AHLI sebulat suara, maka pindaan 2012/2013 di dalam buku peraturan yang baru ini akan disahkan. Untuk pengetahuan ., Semua pindaan HANYA akan dikuatkuasakan pada 01.01.2014  . Antara sebahagian pindaan yang terdapat di dalam buku peraturan akan saya bentangkan sebentar lagi.
 Dan harus di ingat kepada AHLI-AHLI yang belum lagi melunaskan yuran bulanan dan yuran khas bagi tahun 2012/2013,sila berbuat demikian sebelum akhir tahun 2012. Kerjasama AHLI-AHLI amatlah diperlukan. 

Tuan2 dan puan2

Seperti yang ada di dalam buku peraturan yang baru ini sebahagian nya adalah PINDAAN yang baru dan akan memberi faedah dan manfaat kepada ahli-ahli , termasuk beberapa perkara untuk kebaikan bersama antaranya untuk kutipan bayaran yuran bulanan yang ada sekarang (contoh: RM5.00 X 12 bulan = RM60.00 (setahun )  dan akan di gantikan dengan yuran tahunan HANYA RM24.00 sahaja. Penggurangan sebanyak RM36.00 setahun bagi setiap ahli dan selepas ini TIADA lagi kutipan wang YURAN BULANAN .Walau bagaimana pun yuran khas akan tetap dikutip tiapkali ada KEMATIAN dan akan dinaikkan kepada RM5.00 setiap AHLI, seiringan dengan kedudukan penyata kewangan  semasa yang kian bertambah.,dan sebahagiannya pula akan ditampong dengan kutipan yuran khas jika ada kematian kita percaya dan mampu untuk memberikan wang kematian di kalangan ahli dan tanggungannya pada tiap kali ada kematian . Disini saya merayu dan amat mengharap kepada semua ahli2 supaya menjalankan tugas sebagai seorang AHLI yang bertanggungawab dan memastikan yuran bulanan ataupun tahunan dan yuran khas dijelaskan mengikut waktu yang ditetapkan.. Di sini ingin  saya nyatakan sebagai PERINGATAN BERSAMA kepada semua Ahli2 termasuk diri saya ..,

1)        MANA-MANA AHLI YANG GAGAL MELUNASKAN TUNGGAKKAN YURAN KHAS ( RM3.00 - KUTIPAN WANG KEMATIAN SEBELUM Tahun 2014 ) DAN  RM5.00 – WANG KEMATIAN YANG AKAN BERMULA 2014 )  PADA SETIAP KALI ADA KEMATIAN DAN  SEKIRANYA AHLI / WARIS /TANGGUNGANNYA MENINGGAL DUNIA ,MAKA PIHAK BADAN KHAIRAT AKAN MEMOTONG JUMLAH YANG AKAN DI TERIMA SEBAGAI BAYARAN WANG TERTUNGGAK..DAN  

2)        SEKIRANYA MANA-MANA AHLI YANG GAGAL MELUNASKAN BAYARAN YURAN BULANAN/TAHUNAN YANG TERTUNGGAK SEHINGGA MELEBIHI 6 BULAN PADA TAHUN SEBELUMNYA DENGAN SENDIRINYA TERHENTI MENJADI AHLI DAN NAMANYA AKAN DI KELUARKAN DARI SENARAI AHLI BADAN KHAIRAT . PERKARA INI AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA BENDAHARI  DAN SETIAUSAHA .

Untuk memastikan segalanya berjalan lancar sdr setiausaha akan mengeluarkan sekeping Cek bersama satu surat yang menyatakan sebab2 dan jumlah sebenar setelah di potong serta surat dan akan di tanda tangani oleh Ahli yang berkenaan., sekiranya ada apa2 masaalah atau terdapat kekeliruan ahli-ahli hendaklah terus berhubung dengan setiausaha atau bendahari .. Pihak AJK akan sentiasa mengambil segala daya usaha untuk buat yang terbaik kerana semua kita nak kan yang terbaik..dan kerana itu kita jangan hanya datang melihat, mendengar dari satu arah sahaja tapi dalam masa yang sama Ahli juga perlu memberi cadangan2 dan maklum balas ., kami juga sedar kekurangan yang ada..in sha allah..berikan kami masa dan saya sebagai mewakili AJK yang ada ini amat mengharap kerjasama AHLI-AHLI untuk kepentingan kita bersama..Kesimpulannya saya juga merasakan ianya satu kelemahan pada diri saya sendiri dan mungkin juga ada dari segi peraturan dan pentadbiran , kami akan cuba buat yang terbaik,untuk masa ini., Kita akan sentiasa mengkaji yang mana patut untuk faedah bersama dan membuat pindaan-pindaan dan membentangkan didalam mesyuarat agong  sepertimana mana yang telah dicadangkan dan di harapkan sokongan dikalangan AHLI-AHLI.Apa pun tujuan pindaan ini ianya tidak akan lari dari matlamat asal yang di tetapkan  , Kami meletakkan 1 prinsip yang cukup mudah.. .`BAGI  SIKIT  tapi  DAPAT   BANYAK`..Hasrat kita mungkin dimasa depan AHLI-AHLI tak perlu bayar yuran tahunan..hanya bayar tiapkali ada kematian sahaja..Pada tahap ini,kita masih lagi berada di anak tangga yang bawah dan in sha allah akan  sampai kesuatu tahap yang meliputi kepada keseluruhan pakej kematian , kebajikan sepertimana yang di rancangkan ..Kita semua faham Badan Khairat ini bukan nya ada menerima apa-apa sumbangan dari pihak luar , kalau ada pun hanya sorang dua HAMBA ALLAH dan juga AHLI atas niatnya untuk bersedekah namun ianya bukan lah selalu..dan selain itu kita hanya  ada wang yuran yang di berikan oleh AHLI-AHLI. Walau bagaimana pun kita tetap menghargai apa jua sumbangan disamping kita mencari sumber dana atau sponsor dari mana-mana pihak mahupun dari AHLI sendiri . 

Tuan2 dan puan2

Disini saya ingin mengingatkan semua AHLI-AHLI .,sila kemas kinikan senarai nama tanggunggan ahli termasuk nama anak yang baru lahir , no telepon dan serah kepada sdr.Adnan selaku setiausaha badan khairat  .
Disini ada satu penggumumman Bersempena dengan bulan Ramadan yang hampir tiba , ahli Jawatankuasa  telah sepakat dan bersetuju untuk buat Bacaan Yassin di TERATAK BADAN KHAIRAT pada 04.07.2013 ,Hari khamis,malam jumaat.Jam selepas isyak dan in sha allah kita akan jemput tuan imam surau kita ust Nazri..  Kehadiran AHLI terutamanya kau bapa adalah amat diharapkan . makanan ringan di sediakan dan kalau ada dikalangan Ahli 2 yang sama-sama ingin menyumbang kueh-mueh dan sebagainya amatlah dialu-alukan. 


 Apa yang baik datangnya dari Allah dan apa yang buruk juga datangnya dari ALLAH tetapi di atas kelemahan dan kekhilafan kami.   Sekian, Wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan