Khamis, 2 Julai 2015
Selasa, 16 Jun 2015
Assalamualaikum., Ramadhan datang lagi.
Marhaban ya ramadhan
selamat datang bulan suci
selamat datang bulan suci
namamu senantiasa di hati
kedatanganmu selalu dinanti
fadhilah & ganjaranmu ramai dicari
ibadahmu diberkati
dan kepergianmu pun ditangisi
kedatanganmu selalu dinanti
fadhilah & ganjaranmu ramai dicari
ibadahmu diberkati
dan kepergianmu pun ditangisi
selamat menggapai ridha ilahi.
Segagah apapun diri,
bukanlah pahlawan jika nafsu tak dapat dilawan.
Setinggi apapun derajat,
bukanlah mulia jika tak ada iman di dada.
Setinggi langitpun ilmu,
bukanlah bijaksana jika tak diamal dan diguna.
Sealim apapun akhlak,
bukanlah ulama jika takabur dan riyak.
bukanlah pahlawan jika nafsu tak dapat dilawan.
Setinggi apapun derajat,
bukanlah mulia jika tak ada iman di dada.
Setinggi langitpun ilmu,
bukanlah bijaksana jika tak diamal dan diguna.
Sealim apapun akhlak,
bukanlah ulama jika takabur dan riyak.
Selamat menyambut Ramadhan kepada ahli2 bkkf2tm.
Rabu, 3 Julai 2013
UCAPAN PENGERUSI BKKF2TM
MESYUARAT AGONG BADAN
KHAIRAT KEMATIAN FASA 2, TMN.MUTIARA .
KALI KE 3 BAGI TAHUN
2013.
TARIKH : 30/06/2013 ( AHAD )
MASA :
9.00 ( MALAM )
TEMPAT : TERATAK
BADAN KHAIRAT FASA 2,.
Bismillahirohmanirrahim..Alhamdulillahi
rabbil`alamin..Wassolla tuwassalla mu `ala asyrofil Anbiya `iwarmursalin,
Wa`ala `alihi Wasohbihi `Ajmain.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh..
Selamat
datang dan selamat malam kepada semua Tuan/Puan,saudara/saudari,ahli2 BADAN
KHAIRAT KEMATIAN FASA 2. Syukur
Alhamdulillah dengan IzinNya sekali lagi kita dapat berkumpul bersama-sama di
TERATAK BADAN KHAIRAT yang tak seberapa ini..Tujuan kita berkumpul pada malam
ini adalah kerana untuk mengadakan mesyuarat agong BADAN KHAIRAT kali ke 3 . untuk
tahun 2013.
Tuan2 dan puan2.
Sepertimana yang telah dijanjikan pada
mesyuarat yang lalu, Tempat mesyuarat kita ini telah pun dinaiktaraf..Lantai
dan cat telah pun dilakukan oleh ahli-ahli secara gotong-royong. Saya mewakili
semua AJK dan ahli2 mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Abang
Long kerana beliau bersungguh2 berhajat bagi menjadikan tempat rehatnya
sebagai dewan mesyuarat BADAN KHAIRAT
FASA2.. yang kini kita namakan sebagai TERATAK
BADAN KHAIRAT semoga ALLAH melimpahkan Rezeki dan Rahmat serta kesihatan
yang baik untuk Abg Ani sekeluarga.
Tuan2 dan Puan2
Tahun 2013.,
Adalah tahun ke 3 Badan Khairat kematian Fasa 2, untuk kali ini juga kita tak ada pemilihan
ahli jawatankuasa sehingga tahun 2014. Sepanjang kita mengadakan mesyuarat Agong
yang lalu,ahli2 telah memberi banyak cadangan2 dan antaranya telah dan akan kita lakukan beberapa
perkara2 pindaan peraturan dan membentang beberapa cadangan pindaan dan jika
ada perkara2 berbangkit marilah
sama-sama kita perbetulkan dan seterusnya memberi sokongan . Setakat ini Keahlian
kita telah bertambah kepada 75orang dan
kewangan BADAN KHAIRAT berjumlah hampir RM12,199.87 Buat masa ini, Kita sengaja
tidak membuka keahlian kepada orang luar
, ini kerana proses kutipan wang khairat jadi payah dan memberikan
kesusahan pada sdr. Ghani yang juga penolong setiausaha..merangkap pengutip
yuran dari rumah ke rumah AHLI .,hatta untuk fasa 2 ni pun masih lagi ada yang gagal menjelaskannya..apa lagi
kalau di luar kawasan. Walaupun begitu matlamat kita bukanlah kerana wang
semata-mata ..apa yang penting rukun bermasyarakat dan tanggungjawab ahli adalah
lebih di utamakan .
Tuan2 dan puan2..
Pada asasnya
kita telah dan akan bersedia sedikit demi sedikit bagi mengurangkan bebanan
AHLI untuk membayar wang Yuran Bulanan / Yuran Khas dan pada masa yang sama
akan kita akan menaikkan jumlah wang yang akan diterima kepada waris bilamana kewangan meningkat ke satu tahap yang
lebih baik.Berikutan dengan itu, maka pihak AJK telah mengambil keputusan dari ahli-ahli yang telah memberi sokongan apa yang
di cadangkan semasa mesyuarat agong yang lalu. Kesimpulanya Pihak AJK merasakan
bahawa yuran bulanan harus dikurangkan dengan kadar yang rendah dan In sha
Allah kadar ini akan dikurangkan lagi bila tiba masanya.. Pihak AJK mendapati agak sukar bagi mengutip
yuran pada tiap bulan ini kerana tak
semua AHLI berkemampuan.,dan menjadi sedikit bebanan tugas kepada sdr.Ghani . Harus
di ingatkan bahawa sdr Abd Ghani TIDAK mahu menerima pemberian wang saguhati
dari Badan khairat sepertimana yang telah kita putuskan bersama didalam
mesyuarat Agong yang lepas .
Tuan2 dan Puan2..
Untuk
makluman bersama,Kami pihak Ajk
telah berbincang dan sentiasa mencari jalan yang terbaik dan amat berharap agar
cadangan ini dilaksanakan dan jika mendapat persetujuan AHLI sebulat suara, maka pindaan 2012/2013 di
dalam buku peraturan yang baru ini akan disahkan. Untuk pengetahuan ., Semua pindaan HANYA akan dikuatkuasakan
pada 01.01.2014 . Antara sebahagian
pindaan yang terdapat di dalam buku peraturan akan saya bentangkan sebentar
lagi.
Dan harus
di ingat kepada AHLI-AHLI yang belum lagi melunaskan yuran bulanan dan yuran
khas bagi tahun 2012/2013,sila berbuat demikian sebelum akhir tahun 2012.
Kerjasama AHLI-AHLI amatlah diperlukan.
Tuan2 dan puan2
Seperti yang ada di dalam buku peraturan yang
baru ini sebahagian nya adalah PINDAAN
yang baru dan akan memberi faedah dan manfaat kepada ahli-ahli , termasuk beberapa
perkara untuk kebaikan bersama antaranya untuk kutipan bayaran yuran bulanan
yang ada sekarang (contoh: RM5.00 X 12 bulan = RM60.00 (setahun ) dan akan
di gantikan dengan yuran tahunan HANYA
RM24.00 sahaja. Penggurangan
sebanyak RM36.00 setahun bagi setiap
ahli dan selepas ini TIADA lagi
kutipan wang YURAN BULANAN .Walau
bagaimana pun yuran khas akan tetap dikutip tiapkali ada KEMATIAN dan akan dinaikkan kepada RM5.00 setiap AHLI, seiringan dengan kedudukan penyata kewangan semasa yang kian bertambah.,dan sebahagiannya pula
akan ditampong dengan kutipan yuran khas jika ada kematian kita percaya dan
mampu untuk memberikan wang kematian di kalangan ahli dan tanggungannya pada
tiap kali ada kematian . Disini saya merayu dan amat mengharap kepada semua ahli2
supaya menjalankan tugas sebagai seorang
AHLI yang bertanggungawab dan memastikan yuran bulanan ataupun tahunan dan
yuran khas dijelaskan mengikut waktu yang ditetapkan.. Di sini ingin saya nyatakan sebagai PERINGATAN BERSAMA kepada semua Ahli2 termasuk diri saya ..,
1) MANA-MANA
AHLI YANG GAGAL MELUNASKAN TUNGGAKKAN YURAN KHAS ( RM3.00 - KUTIPAN WANG
KEMATIAN SEBELUM Tahun 2014 ) DAN RM5.00
– WANG KEMATIAN YANG AKAN BERMULA 2014 ) PADA SETIAP KALI ADA KEMATIAN DAN SEKIRANYA AHLI / WARIS /TANGGUNGANNYA
MENINGGAL DUNIA ,MAKA PIHAK BADAN KHAIRAT AKAN MEMOTONG JUMLAH YANG AKAN DI
TERIMA SEBAGAI BAYARAN WANG TERTUNGGAK..DAN
2) SEKIRANYA
MANA-MANA AHLI YANG GAGAL MELUNASKAN BAYARAN YURAN BULANAN/TAHUNAN YANG
TERTUNGGAK SEHINGGA MELEBIHI 6 BULAN PADA TAHUN SEBELUMNYA DENGAN SENDIRINYA
TERHENTI MENJADI AHLI DAN NAMANYA AKAN DI KELUARKAN DARI SENARAI AHLI BADAN
KHAIRAT . PERKARA
INI AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA BENDAHARI
DAN SETIAUSAHA .
Untuk memastikan
segalanya berjalan lancar sdr setiausaha akan mengeluarkan sekeping Cek bersama
satu surat yang menyatakan sebab2 dan jumlah sebenar setelah di potong serta
surat dan akan di tanda tangani oleh Ahli yang berkenaan., sekiranya ada apa2
masaalah atau terdapat kekeliruan ahli-ahli hendaklah terus berhubung dengan
setiausaha atau bendahari .. Pihak AJK akan sentiasa mengambil segala daya
usaha untuk buat yang terbaik kerana semua kita nak kan yang terbaik..dan
kerana itu kita jangan hanya datang melihat, mendengar dari satu arah sahaja
tapi dalam masa yang sama Ahli juga perlu memberi cadangan2 dan maklum balas .,
kami juga sedar kekurangan yang ada..in sha allah..berikan kami masa dan saya
sebagai mewakili AJK yang ada ini amat mengharap kerjasama AHLI-AHLI untuk
kepentingan kita bersama..Kesimpulannya saya juga merasakan ianya satu
kelemahan pada diri saya sendiri dan
mungkin juga ada dari segi peraturan dan pentadbiran , kami akan cuba buat yang
terbaik,untuk masa ini., Kita akan sentiasa mengkaji yang mana patut untuk
faedah bersama dan membuat pindaan-pindaan dan membentangkan didalam mesyuarat
agong sepertimana mana yang telah dicadangkan
dan di harapkan sokongan dikalangan AHLI-AHLI.Apa pun tujuan pindaan ini ianya tidak
akan lari dari matlamat asal yang di tetapkan , Kami meletakkan 1 prinsip yang cukup mudah..
.`BAGI SIKIT tapi
DAPAT BANYAK`..Hasrat kita mungkin dimasa
depan AHLI-AHLI tak perlu bayar yuran tahunan..hanya bayar tiapkali ada
kematian sahaja..Pada tahap ini,kita masih lagi berada di anak tangga yang
bawah dan in sha allah akan sampai kesuatu
tahap yang meliputi kepada keseluruhan pakej kematian , kebajikan sepertimana
yang di rancangkan ..Kita semua faham Badan Khairat ini bukan nya ada menerima
apa-apa sumbangan dari pihak luar , kalau ada pun hanya sorang dua HAMBA ALLAH
dan juga AHLI atas niatnya untuk bersedekah namun ianya bukan lah selalu..dan selain
itu kita hanya ada wang yuran yang di
berikan oleh AHLI-AHLI. Walau bagaimana pun kita tetap menghargai apa jua
sumbangan disamping kita mencari sumber dana atau sponsor dari mana-mana pihak
mahupun dari AHLI sendiri .
Tuan2 dan puan2
Disini saya
ingin mengingatkan semua AHLI-AHLI .,sila kemas kinikan senarai nama
tanggunggan ahli termasuk nama anak yang baru lahir , no telepon dan serah
kepada sdr.Adnan selaku setiausaha badan khairat .
Disini ada
satu penggumumman Bersempena dengan bulan Ramadan yang hampir tiba , ahli
Jawatankuasa telah sepakat dan bersetuju
untuk buat Bacaan Yassin di TERATAK
BADAN KHAIRAT pada 04.07.2013 ,Hari khamis,malam jumaat.Jam selepas isyak
dan in sha allah kita akan jemput tuan imam surau kita ust Nazri.. Kehadiran AHLI terutamanya kau bapa adalah
amat diharapkan . makanan ringan di sediakan dan kalau ada dikalangan Ahli 2
yang sama-sama ingin menyumbang kueh-mueh dan sebagainya amatlah dialu-alukan.
Apa yang
baik datangnya dari Allah dan apa yang buruk juga datangnya dari ALLAH tetapi
di atas kelemahan dan kekhilafan kami. Sekian, Wassalamualaikum warah matullahi
wabarakatuh.
Isnin, 24 Jun 2013
Gotong-royong khairat.. Our Hands are Joined , we Stand as One..
Isnin, 17 Jun 2013
Khairat kematian
Ajal boleh tiba bila-bila masa. Sebagai umat Islam kita perlu sentiasa bersedia menghadapi kematian.
Namun, sejauh manakah orang ramai terfikir di mana akhirnya pusara mereka selepas jasad bercerai daripada badan? Jika tinggal di kampung, lazimnya tidak wujud masalah kerana memang sudah tersedia tanah perkuburan di kawasan masing-masing. Malah penduduk di desa kenal-mengenali antara satu sama lain.
Bagaimana pula masyarakat yang tinggal di bandar khususnya di taman perumahan, pangsapuri atau kondominium?
Sejauh mana kesedaran orang ramai khususnya golongan muda menyertai badan khairat di kawasan masing-masing atau setidak-tidaknya singgah ke masjid atau surau.
Jika mereka tidak pernah berkunjung ke masjid atau mengenali badan khairat di kawasan itu, apakah akan jadi kepada mereka jika ditakdirkan mati. Tambahan pula, mereka tiada waris untuk menguruskannya atau membawa jenazah pulang ke kampung.
Memang urusan kematian dilakukan orang yang dihidup. Namun, berdasarkan fenomena zaman ini yang penduduk bandar yang tidak mengenali dengan jiran tetangga, maka sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka. FAMILI mengupas mengenai kepentingan badan khairat.
Justeru, ada kawasan penempatan yang dihuni penduduk Islam menubuhkan badan khairat kematian bagi meringankan beban si mati dan keluarga.
Badan khairat kematian biasa diwujudkan oleh pengurusan masjid, surau dan persatuan penduduk setempat tetapi kini, badan bukan kerajaan, koperasi dan institusi pekerjaan turut mempunyai skim tabung khairat kematian untuk ahli dan pekerja mereka.
Walaupun kesedaran mengenainya meningkat, masih ada segelintir masyarakat yang mengambil ringan kepentingan khairat kematian kerana menganggap wang simpanan sedia ada sudah cukup menampung urusan pengebumian walhal peranannya lebih besar daripada itu.
Bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut, berkata kesedaran mengenai kepentingan badan khairat sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat namun hanya segelintir yang menghayati konsep sebenar penubuhan tabung itu.
Menurutnya, kebanyakan individu hanya memahami peranan asas badan khairat sedangkan ia bukan saja terhad kepada urusan pengebumian jenazah.
"Secara asasnya, wang khairat kematian diwujudkan bertujuan membantu meringankan beban waris si mati dengan berperanan menyediakan kos untuk urusan kematian termasuk membantu mempercepatkan urusanpengebumian, membiayai kos mandi jenazah, kain kapan, keranda dan upah menggali kubur.
"Tetapi sekiranya dilihat dengan lebih dalam, konsep badan khairat juga bertujuan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat melalui pengurusan jenazah selain memberi peluang kepada mereka mendalami selok-belok pengurusan jenazah umat Islam," katanya ketika dihubungi, barubaru ini.
Katanya, jika si mati orang miskin, tabung khairat kematian boleh membantu meringankan beban pengurusan jenazah kerana ada sebahagian mereka yang mati tidak mampu membiayai pengurusan jenazah sendiri.
"Bagaimanapun, ini bukan bermakna mereka yang kaya tidak perlu mengambil bahagian kerana mereka berkemampuan membiayai pengurusan jenazah.
"Ini kerana antara tujuan tabung khairat adalah meringankan bebanan yang ditanggung ahli, memberikan kemudahan dan sebagai menzahirkan rasa simpati sesama umat Islam," jelasnya.
Ketika ditanya mengenai kesedaran generasi muda terhadap perkara itu, Noh berkata, golongan muda perlu sedar kepentingan badan khairat dan memulakannya sejak awal kerana ajal tidak mengenal usia.
"Segelintir golongan muda sibuk bekerja siang dan malam, malah langsung tidak kenal erti penatlelah kerana semata-mata mengejar kekayaan.
Bagi mereka, apabila mempunyai banyak wang, masa tua nanti mereka boleh berehat dan itu menjadi satu kebahagiaan bagi mereka kerana tidak terlintas untuk menikmati kehidupan pada hari sesudah mati di dunia," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Khairat Bangi Perdana, Adenan Sayan, berkata kesedaran masyarakat terhadap kepentingan badan khairat kebanyakan membabitkan golongan berumur.
Jangan abai tuntutan Katanya, biasanya golongan muda lebih menumpukan perhatian dalam usaha mengukuhkan status kewangan dengan pelaburan, pembelian kereta dan rumah kerana ada yang menganggap mereka masih mempunyai banyak masa membuat persediaan menghadapi kematian.
"Bagaimanapun, kesibukan mencari rezeki tidak boleh dijadikan penyebab untuk membolehkan kita mengabaikan tuntutan Allah SWT.
"Sementara masih hidup, guna dan pastikan harta kekayaan dimanfaatkan sepenuhnya untuk dunia dan akhirat," katanya.
Berpegang kepada matlamat memberikan kemudahan kepada penduduk untuk menguruskan pengebumian jenazah, Adenan berkata masyarakat perlu membezakan tabung khairat kematian dan wang simpanan sendiri.
"Tabung khairat kematian bukan saja membabitkan pemberian wang tunai untuk pengurusan jenazah malah segala urusan akan dikendalikan sepenuhnya pihak pentadbir badan termasuk kenduri tahlil pada malam pertama kematian di rumah si mati," jelasnya.
Beliau turut menasihatkan umat Islam agar mula mendaftar sebagai ahli badan khairat berikutan kos pengurusan jenazah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Ahad, 16 Jun 2013
MESYUARAT AJK..
ASSALAMUALAIKUM..
09.06.2913
AHAD
9.30 MALAM
TERATAK BKKF2
Kehadiran : 11
Tidak hadir : 5 - Mohd.Mee,Mad Amin,Fadzil,Rosli dan Shah Farizal.
AGENDA :-
Persiapan Mesuarat Agong Kali Ke 3.
1) Keceriaan dan sambutan alu-aluan
2) Urusetia majlis
3) Makan / Minum
4) Menetap tarikh AGM
5) Program Bacaan Yassin
6) Jemputan
1) Keceriaan dan sambutan alu-aluan
a) Ajk sebulat suara bersetuju untuk mengecat dan sapu simen licin secara gotong – royong pada 23.06.2013 @ jam 9.30 pagi ( Ahad ) – ABG ANI
b) Ajk juga telah bersetuju untuk memasang tanda nama tempat bersidang dengan nama TERATAK BADAN KHAIRAT KEMATIAN FASA 2. ( RM55.00 )- RAZAK
c) Ajk juga bercadang untuk mengadakan hadiah cabutan bertuah di samping cuba untuk mendapatkan sedikit sumbangan atau potongan harga dari seorang ahli kita bagi mengunakan P.A systemnya .
d) Segala perbelanjaan akan di bentangkan pada mesyuarat AJK yang akan datang
e) Khemah dan kerusi meja - sewa
2) Urusetia Majlis
Pengerusi Majlis - RAZAK
Pendaftaran Kehadiran - ………………………………………
Makan / minum - AJK
Kecerian dan kebersihan - AJK
Keselamatan - AJK
3) Makan / Minum
a) Bincang makan / minum semasa mesyuarat
Ajk telah sebulat suara untuk mengadakan jamuan nasi dan lauk ayam berempah serta acar timun, disamping buah-buahan. Minum panas dan sejuk.
4) Menetapkan tarikh AGM
Ajk sepakat menetapkan tarikh 30.06.2013. Ahad –Jam 9.00 malam
5) Program Bacaan Yassin
Ajk telah mencadangkan supaya di adakan bacaan Yassin pada 04.07.2013 dan menjemput Ust. Nazri selaku Tuan imam…Makan dan minum disedikan dan sumbangan makanan oleh ahli-ahli amatlah dialu-alukan.
6) Jemputan
Semua ahli dan keluarga di jemput hadir . setiausaha akan menghantar notis kepada semua ahli.
Lain-lain..
Bentang Kewangan Khairat
Setiausaha telah membentang penyata kewangan bagi tahun 2012. – RM12,199.87
Buku Khairat
Pengerusi dan setiausaha akan mencari kedai untuk menempah buku peraturan sebanyak 80 buah Berharga RM119.00*
09.06.2913
AHAD
9.30 MALAM
TERATAK BKKF2
Kehadiran : 11
Tidak hadir : 5 - Mohd.Mee,Mad Amin,Fadzil,Rosli dan Shah Farizal.
AGENDA :-
Persiapan Mesuarat Agong Kali Ke 3.
1) Keceriaan dan sambutan alu-aluan
2) Urusetia majlis
3) Makan / Minum
4) Menetap tarikh AGM
5) Program Bacaan Yassin
6) Jemputan
1) Keceriaan dan sambutan alu-aluan
a) Ajk sebulat suara bersetuju untuk mengecat dan sapu simen licin secara gotong – royong pada 23.06.2013 @ jam 9.30 pagi ( Ahad ) – ABG ANI
b) Ajk juga telah bersetuju untuk memasang tanda nama tempat bersidang dengan nama TERATAK BADAN KHAIRAT KEMATIAN FASA 2. ( RM55.00 )- RAZAK
c) Ajk juga bercadang untuk mengadakan hadiah cabutan bertuah di samping cuba untuk mendapatkan sedikit sumbangan atau potongan harga dari seorang ahli kita bagi mengunakan P.A systemnya .
d) Segala perbelanjaan akan di bentangkan pada mesyuarat AJK yang akan datang
e) Khemah dan kerusi meja - sewa
2) Urusetia Majlis
Pengerusi Majlis - RAZAK
Pendaftaran Kehadiran - ………………………………………
Makan / minum - AJK
Kecerian dan kebersihan - AJK
Keselamatan - AJK
3) Makan / Minum
a) Bincang makan / minum semasa mesyuarat
Ajk telah sebulat suara untuk mengadakan jamuan nasi dan lauk ayam berempah serta acar timun, disamping buah-buahan. Minum panas dan sejuk.
4) Menetapkan tarikh AGM
Ajk sepakat menetapkan tarikh 30.06.2013. Ahad –Jam 9.00 malam
5) Program Bacaan Yassin
Ajk telah mencadangkan supaya di adakan bacaan Yassin pada 04.07.2013 dan menjemput Ust. Nazri selaku Tuan imam…Makan dan minum disedikan dan sumbangan makanan oleh ahli-ahli amatlah dialu-alukan.
6) Jemputan
Semua ahli dan keluarga di jemput hadir . setiausaha akan menghantar notis kepada semua ahli.
Lain-lain..
Bentang Kewangan Khairat
Setiausaha telah membentang penyata kewangan bagi tahun 2012. – RM12,199.87
Buku Khairat
Pengerusi dan setiausaha akan mencari kedai untuk menempah buku peraturan sebanyak 80 buah Berharga RM119.00*
Jumaat, 7 Jun 2013
Langgan:
Catatan (Atom)